Thursday, December 11, 2008

RENTETAN CERITA TEBUSAN DI SOMALIA & MUMBAI

Harini sepatutnya exam tp mak tiri aku dah tangguhkan ke hari isnin, kecewa aku, nasiblah aku dpt weekend ptg ni. Plak tu dah takde exam aku plak tak bwak ladtop nak bertenet, boring kejap aku dok sebelah teman sekelas, mula tu aku saje jek kaco dia pastu dia terbukak cerita masa dia di sepanjang menjadi krew kapal ke somalia. Time tu kapal dia antara kapal pertama yang sampai untuk proses negotiation dan membawa pulang tahanan kapal dagang malaysia di Somalia. Sambil cerita sambil tu kami tgk satu persatu gambar yg diambil sepanjang penahanan berlaku. Aku tumpang sedih jugeklah atas apa yg berlaku tambah lagi member baik aku (fazilah)tak balik lagi. Kapal diorg dah jd sentry plak kat sane. Kalau dia ade sekarang ni mesti dia dah ajak aku pi lepak bar pastu berkaraoke same2. Hehe rindu plak aku dengan kekecohan dia.

Sambung cerita teman sekelas tadi, dalam bulan 11 kapal diorang balik semula ke Malaysia, sebelum tu diorang singgah di Jeputi, Maldives dan Mumbai. Adalah beberapa keping gambar diorang berjalan-jalan di sekitar bandar Mumbai dan ada satu gambar tu di hadapan Hotel Taj Mahal sambil senyum-senyum tanda gembira melawat negeri orang. Bila tengok gambar Hotel Taj Mahal ni aku teringat pulak dengan cerita serangan pengganas di Hotel tu pada 26 Nov baru ni. Ya allah... gambar diorang tu selang 2, 3 hari jek dari tarikh kejadian. Nasiblah diorang dah balik awal.

Sedih jugek aku dengar kejadian tindakan pengganas yang tak berhati perut tu. Tak habis lagi dengan cerita tebusan kapal di Somalia, datang pulak cerita tebusan di Mumbai. Rentetan cerita ni memang aku bace dari awal hingga akhir. Last sekali semua pengganas berjaya ditembak oleh Komando India dan hanya seorang berjaya ditangkap hidup-hidup. Tapi aku syak ade ramai lagi geng diorang yang masih terselamat diluar. Huh....dunia dunia kalaulah betul diorang ni militan Islam aku tak taulah nak cakap macam mane lagi tapi aku harap kejadian ini patut dijadikan teladan buat semua orang dan generasi akan datang. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jugek. Amin.

DIARI EXAM

Hy! arini aku baru jek lpas dari exam, fuh nasib baek senang, bolehlah aku jawab dgn senang hati. Pastu after exam ade 'Gin Pennant' (majlis meraikan pegawai yg dinaikkan pangkat), ikutkan hati mmg malas nak pergi tapi bila terpikirkan mak tiri aku pun naik pangkat so aku pun joinlah sekali. Bila dah sampai sane seronok gak, aku lepak dgn org2 lame dan baru yg aku sendiri pun tak penah nampak. Tak rugi gak aku datang, selain dpt mkn2 bersama diorg semua, dpt gak aku bersosial.

Yelah...untuk kesenangan aku jugek, aku kan org baru dlm industri ni, manelah tau time susah-susah nanti aku perlukan pertolongan diorg, at least diorg knallah jugek lt hajar tu..hehe pandai btul aku pancing strategi, ini semua pengaruh tunangku yg lagi hebat memancing. Akhirnya aku terpengaruh. Cume aku sedih sket, makanan kali ni tak berape best. Biaselah...makin besar pangkat makin susah nak pow. Yg penting tengahari td aku berjaya tunjukkan muke kat mak tiri aku, hehe sekurang-kurangnyEXAMa dia nampak kehadiran aku. hehe. Then, 2 minit lpas tu sepantas kilat aku pun beransur-ansur belah dari tempat kejadian. Lagipun operasi aku dah habis, perut pun dah konyang.

Tak habis kat situ, mak tiri aku nak jumpa dah...dia kate RV kol 2 kat kelas cam biase, dia nak bagi tips exam utk semua org esok. Hoorey....akhirnya esok ada exam gak. Bukan ape.. aku dah tak sabar nak belah dr bilik exam, letih wooo. Oh tuhan.. semoga aku lulus semua paper. Insyaallah.

Wednesday, December 10, 2008

DIARI AIDILADHA 2008

Askum bertemu lagi..hari ini takde ape yang menarik cuma aku terdetik nak karang nipun sbb ade masa yang terluang, itupun aku curi seket sbb terlalu jeles tgk tunang tersayang yg rajin benor buat blog. Dia kata kat aku rajin2lah post blog bila boring, mula tu bukannya taknak buat cuma tak minat..nasib baeklah yg suruh tu org yg tersayang, selalunya apa dia cakap aku turutkan. thanks baby.

Nak dimulakan cerita, baru ni aidiladha sepatutnya aku berada di johor tapi aku tukar plan untuk beraya di kl jek. Bukan taknak balik tapi ari selasa baru ni aku ada exam, 2 paper plak tu. Bayangkanlah ari isnin raye, ari isnin tu jugak aku kena blik lumut dari johor sorang2 drive dan esoknya plak 2 paper exam, klu aku blik jugak jawabnye telurlah aku dapat. So aku buat plan baru, aku suruh adik aku mizi dan anak sedare tersayang alia dtg kl hari ahad aritu. Pastu aku bwak diorg jln2 kl, fully sponsor tau dr aku, skrang ni sudah kering duit gua. Tp takpelah sekurang-kurangnye dpt jugek aku lpas rindu kat diorang n insyaallah akhir bulan ni aku balik, maybe aku dapat cuti pjg time2.

Tapi yg paling lawak, aku tak dpt bayangkan adik laki aku yg berumur 21 tahun tu kononnya berlagak ensem kena bwak bdak kecik umur 7 tahun dr johor naik bas sampailah ke kl. Huhu dlu aku pun tak pnah buat kerja tu. Dah mcm baby brother plak. Ahad tu seronok betul bwak alia jln2, aku bawak diorg pi Aquaria KLCC. Aku rase tempat tu lg class dr underwater world langkawi dan sesuai sbg satu pendedahan haiwan laut untuk kanak2. Hehe sbnarnya aku nipun bukannya terror sgt pun. Haritupun first time aku dtg n teruja kejap.

Nak dijadikan cerita aku kan dah tukar plan utk stay beraye di kl, so ari sabtu aritu aku still berada di kl, haha yg lawaknye tunang aku dah plan utk bersama rakan2 se gengnya pi picnic di janda baik, alamatnya aku pun dia terpaksa bwak sekali. Hehe sori kaco tp best jgak pi situ, siap barbecue lg, agaknya dia tak tau ke aku ni suka picnic & travelling. Aku harap lpas ni dia buat camping plak. Mesti best. Time tu aku org pertama nak join. Hehe luv u babe

Thursday, November 20, 2008

AYAH AKU KATA NANTI DAH BESAR JADI MACAM IBU



Seperti biasa.... dengan penuh anggun dan bergaya, sebelah kanan tanganku membimbing ladtop dan sebelah lagi tupperware murah berisi KEK GULA HANGUS aka SARANG SEMUT. Hari ini dalam sejarah aku datang ke office ditemani dengan kek buatan aku sendiri. Apa lagi, dengan bangganye aku keluar melangkah dari kereta. TUP TUP ramai pulak yang memandang, pelik anggaknya melihat kelibat aku? Yelah...aku kan bujang, bekerjaya pulak tu..mesti diorang fikir aku tak pandai masak..balik-balik kerja dah penat, mesti diorang fikir, ade masa lagi ke nak masak? ada masa lagi ke nak buat kek? dan yang paling penting..aku ade dapur ke?? haha!! Pelik-pelik pun, sampai-sampai jek tupperware tu atas meja, kek aku habis dibedal geng-geng office, siap suruh aku bawak lagi untuk esok. Menjadi agaknye..



Biar aku jawab soalan diorang tu, sebenarnya sekarang ni aku dah tak menetap lagi di bilik bujang tapi ini bukan bermakna aku dah kahwin, sekarang ni aku menetap bersama rakan seperjuanganku. Dia minta tolong aku temankan dia di rumah kelamin. Al-maklumlah..baru kahwin... suami pulak jauh diperantauan. Aku pun kesian kat dia, memanglah mula-mula tak selesa tapi lama-lama aku jadi seronok sebab aku berpeluang untuk belajar masak. Sebenarnya dah lama aku tunggu peluang ni. Mana taknya.. dari kecil sampailah besar aku menetap di bandar. Kampung pun ditengah-tengah bandar. Paham-paham jeklah orang bandar ni. Macam biasalah budak kecik macam aku ni memang malas. Yang aku tau makan, tido dan main. Kalau ada peluang nak pegang senduk pun waktu aku form 3, form 4 dan form 5. Itupun kena paksa dan terpaksa. Yelah...masa tu abang aku dah kerja. Kakak pulak tengah belajar lagi. Nak balik pun jarang sekali..Akulah yang jadi mangsa tukang masak adik aku tu. Yang aku ingat aku kena masak tengahari untuk adik lelaki aku yang degil dan tak dengar cakap tu..Fuh!!satu cabaran nak layan karenah dia. Nasib baiklah dia dah berjaya sekarang ni. Aku tumpang gembira jeklah..



Benda yang paling aku ingat waktu petang aku kena make sure yang aku dah siapkan dinner untuk ayah dan ibu aku. Aku pun masak jeklah apa yang aku mampu, ayam masak kicap atau ayam masak merah, telur dadar dan sup sayur. Itu jeklah yang aku ingat ibu aku ajar. Balik-balik benda yang sama yang aku masak. Itupun sebelum aku masak aku akan telefon tempat kerja ibu tanya dia bawang apa yang kena potong nanti. Sebenarnya bukan tak ingat tapi malas nak ingat. Ish ish teruk betul aku waktu tu. Sampai jek petang..paham-paham jeklah, orang tu balik-balik penat, kalau takde lauk dalam tong saji alamatnye senduk kat rumah tu pun terbang ke kepala. Garang...! Jangan main-main dengan dia woo..tapi aku tak pernah kenalah..Haha!! yang penting aku masak. Garang-garang manja, biasalah.. Itulah satu-satunya ibu kesayanganku, setiap kali weekend dia ajar aku masak tapi aku pulak, masuk telinga kanan keluar telinga kiri..hehe, bangga aku dengan dia, walaupun dia kerja tapi dia serba boleh. Memasak dahlah terror, sedap pulak tu. Masakan paling special dan menjadi dia adalah Ayam Masak Merah. Setiap kali Hari Raya, semua jiran-jiran rumah semua dah tahu yang ibu aku akan masak Ayam Masak Merah Special dan waktu tu jiran-jiran aku akan masak menu lain dan menunggu dengan penuh sabar pada pagi raya panggilan ''Assalamualaikom.....cik izan, cik enon, cik siah ini ibu kita bagi...!!" Macam biasalah..itulah kerja aku yang dah dikontrakkan setiap pagi raya. Bertahun-tahun aku duduk dengan dia, aku rase takde lagi orang yang mampu challenge kesedapan masak merah dia. Kalau ada pun mesti aku pewaris dia, hehe.



Selain tu, ibu pandai betul menjahit. Siap ambil tempahan orang lagi. Bagi jek apa yang nak dijahit. Kurung? Kebaya? Langsir? Sarung Tilam? Sarung Kerusi? Sarung bantal? macam-macamlah. Itulah ibu aku..NORMALA BTE MOHD SAID. Muah!! Sayang ibu..Berkat kegarangan dan segala ajaran dia, aku menjadi seorang yang berjaya hari ini. Alhamdulillah..dapat juga aku balas segala jasa yang dicurahkannya sebelum ini. Berbalik kepada cerita aku yang asal, aku sekarang ni semakin rajin memasak. Anak ibu lah katakan. Ayah aku kata nanti dah besar jadi macam ibu. Rajin kerja..pandai jahit, pandai masak..Oleh sebab kata-katanya, aku pun belajar, aku tanya, aku baca then aku try untuk masak. Kalau tak cuba, tak tahu. Sedap tak sedap lain cerita, yang penting kita usaha. Prinsip aku dalam memasak ni senang jek, ada mulut kita rasa, terkurang kita tambah, terlebih pun kita tambah.



Akhir sekali, sekarang ni hobi aku ditambah satu lagi iaitu memasak. Bak kata senior aku, entah-entah satu hari nanti aku menjual makanan pulak, takpun bukak food court. Aku pakat gelak jek...tapi kalau betul-betul pun, apa salahnye. Food Court aku nanti namanya AMYS CORNER takpun sempena nama tuannya H_ _ _ R CORNER. Siapa tahu, Insyaallah..

Sunday, November 16, 2008

APA KENA DENGAN CT NI ?


Haha...macam kanak-kanak spastiklah plak! Sebenarnya gambar ni diambil semasa datuk siti menghadiri majlis Muzik Muzik baru-baru ni. Adalah seorang wartawan mintak siti buat pose paling lawak waktu tu. Siti pun apa lagi...dengan sportingnye dia bagilah satu pose lawak yang paling special buat semua peminat-peminat dia kat situ. CAYALAH SITI.
P/S : Pada majlis yang sama juga siti ada buat kenyataan yang dia akan cuba kuruskan badan macam kakaknya SAIDA. GOOD LUCK CT!!

Ani Mayuni Dan Zairi Tersingkir Di Minggu Ke 4


Kesian geng couple ni..rasenye diorang ni sepanjang performance antara yang bestx la selepas couple lisda & husband dan malam tadi performance diorang ni lagi hebat dari couple Rina & husband. Sedih tengok Ani sampai semua geng couple pun nangis tengok diorang ni yang terkeluar. Ani pun sedih gak..mesti dia tahu yang selama ni dia dah buat yang terbaik tapi keputusan undian tak menyebelahi dia dan Zairi tapi takpelah..sekurang-kurangnya geng couple ni dapat bertahan selama 4 minggu dan dapat menderma RM4000 untuk MAKNA. Congratulation Ani & Zairi.

Diari 16 November 2008


Assalamualaikum semua...akhirnya terbuka juga hatiku ini untuk mengukir sendiri sedikit coretan di dalam blog ajaib ini. Hakikatnya diri ini masih lagi ego,untuk memaparkan diari sakti khazanah pribadiku..

Tapi harini aku kebosanan kerana sedang menjalankan tugas demi negara dihadapan komputer aku duduk sendirian lalu inginku cerita sedikit tentang kepiluan didalam benak hatiku ini.

Sememangnya aku seorang pembuat buletin yang kreatif dan pencedok idea yang berjaya di tempat kerjaku. Hasil kerja dan grafik yang tak seberapa akhirnya kerjaku siap juga pagi tadi tepat JAM 1000H terus aku send segala karya yang dibuat tanpa gaji ke sebuah syarikat ternama di Ipoh tapi tak dikenali di Malaysia. Baru sebulan lepas aku tahu syarikat ni wujud di Ipoh. Walaubagaimanapun, hatiku pilu kerana aku akan keluar dari tugas-tugas sampingan ini dan seterusnya keluar dari kampung pekerjaanku ini. Dalam tempoh 4 bulan di sebuah perkampungan 'Leadership Centre' dengan kekuatan anggota yang kecil dan makin kecil, semestinya perit tapi rilex aku tetap fun bekerja disini, kepala tak serabut...muke makin putih, hati pun makin jernih..disini banyak benda yang aku belajar, dan banyak benda yang mengajarku. Bukan senang nak jadi Pemimpin tau..memanglah org kata "Everyone Can Lead" tapi bagi aku Tak Semua Leader Boleh Lead dengan baik.

Hakikatnya..dimana sahaja aku berada, dimana sahaja aku bekerja dan apa sahaja yang aku lakukan, aku ingin tunjukkan yang terbaik. Terbaik untuk diriku, terbaik untuk pekerjaX ku dan paling best..terbaik untuk boss aku. Insyaallah..

Thursday, October 30, 2008

LAST POST










Last Post adalah satu lagu yang digubah untuk dimainkan dengan begol (bugle) dan digunakan oleh angkatan tentera untuk memperingati mereka yang terkorban dalam perang.

Sejarah

Begol digunakan kerana bunyinya yang nyaring membolehkan ia didengar dari jarak jauh dan digunakan sebagai alat komunikasi (sebelum kemunculan radio). Boleh dibahaskan bahawa lagu Last Post adalah lagu yang paling dikenali ramai. Lagu ini digunakan untuk mengakhiri aktiviti harian, dan juga untuk memperingati mereka yang terkorban dalam perang sama ada di majlis pengkebumian ataupun di majlis-majlis peringatan. Last Post digunakan oleh Britain dan negara-negara Komanwel. Di Norway, upacara yang sama menggunakan "Bønn" (Doa) sementara di Amerika Syarikat, lagu yang digunakan adalah Taps.Last Post pada asalnya adalah satu lagu panggilan begol yang digunakan di kem-kem Tentera British untuk mengisyaratkan akhirnya aktiviti harian di kem tersebut. Nama lagu itu berasal daripada amalan memeriksa kesemua pos kawalan (sentry post) di sekeliling kawasan kem tersebut dan membunyikan tiupan begol di setiap pos kawalan. Lagu Last Post dimainkan apabila pegawai selesai memeriksa pos kawalan terakhir, dan menandakan keadaan selamat dan aktiviti harian boleh ditamatkan pada hari itu dengan selamatnya. Amalan ini boleh dikesan seawal kurun ke-17 dan dimulakan oleh askar-askar Tentera British yang ditempatkan di Negeri Belanda, di mana ianya mengikuti satu tradisi Belanda dipanggil Taptoe. (Taptoe sendiri berasal daripada keperluan mengisyaratkan saat bila mana tong memeram bir perlu ditutup, bagi menandakan berakhirnya kerja pada hari itu).

Penggunaan Lagu Last Post

Unit-unit dalam Tentera Darat Malaysia masih mengamalkan mainan lagu Last Post pada malam hari. Rakaman lagu Last Post boleh diperolehi dari laman web Tentera Darat Malaysia. Last Post juga dimainkan di majlis awam memperingati korban perang, seperti pada Hari Peringatan di negara-negara Komanwel. Di Australia dan New Zealand, Last Post dimainkan pada hari ANZAC. Kanada juga menggunakan Last Post sebagai lagu memperingati korban perang dan sebagai penutup aktiviti harian.

Upacara Di Menin Gates, Leper Di Belgium

Sejak tahun 1928, lagu Last Post dimainkan pada setiap hari oleh pemain begol daripada Persatuan Last Post tempatan di Bandar Leper (Ypres) di Belgium. Lagu itu dimainkan di satu pintu gerbang dikenali sebagai Menin Gate untuk memperingati ribuan askar yang mati di medan tempur (Ypres) semasa Perang Dunia Pertama. Amalan ini dilakukan setiap hari, kecuali untuk tempoh 4 tahun dari 20 Mei 1940 hingga 6 September 1944, bila mana Belgium ditakluki Tentera Jerman semasa Perang Dunia II. Dalam tempoh berkenaan, penghormatan mainan Last Post untuk korban perang medan Ypres dilakukan di Tanah Perkuburan Brookwood di England. Pada petang hari pembebasan Bandar Ypres oleh askar-akar Poland, tradisi memainkan lagu Last Post dimulakan semula di Menin Gates, Walaupun pertempuran sengit masih berlaku di sekitar bandar tersebut. Pemain begol Menin Gates, Leper terdiri daripada anggota pasukan bomba sukarelawan yang bernaung di bawah Persatuan Last Post. Setiap hari pada jam 8.00 malam, trafik akan diberhentikan di pintu gerbang Menin dan 6 orang pemain begol akan memainkan lagu Last Post.

Amerika Syarikat

Last Post digunakan oleh Tentera British di Amerika Utara semasa zaman penjajahan koloni, tetapi dalam tahun 1862, lagu Last Post digantikan dengan Lagu Taps.