Thursday, December 11, 2008

RENTETAN CERITA TEBUSAN DI SOMALIA & MUMBAI

Harini sepatutnya exam tp mak tiri aku dah tangguhkan ke hari isnin, kecewa aku, nasiblah aku dpt weekend ptg ni. Plak tu dah takde exam aku plak tak bwak ladtop nak bertenet, boring kejap aku dok sebelah teman sekelas, mula tu aku saje jek kaco dia pastu dia terbukak cerita masa dia di sepanjang menjadi krew kapal ke somalia. Time tu kapal dia antara kapal pertama yang sampai untuk proses negotiation dan membawa pulang tahanan kapal dagang malaysia di Somalia. Sambil cerita sambil tu kami tgk satu persatu gambar yg diambil sepanjang penahanan berlaku. Aku tumpang sedih jugeklah atas apa yg berlaku tambah lagi member baik aku (fazilah)tak balik lagi. Kapal diorg dah jd sentry plak kat sane. Kalau dia ade sekarang ni mesti dia dah ajak aku pi lepak bar pastu berkaraoke same2. Hehe rindu plak aku dengan kekecohan dia.

Sambung cerita teman sekelas tadi, dalam bulan 11 kapal diorang balik semula ke Malaysia, sebelum tu diorang singgah di Jeputi, Maldives dan Mumbai. Adalah beberapa keping gambar diorang berjalan-jalan di sekitar bandar Mumbai dan ada satu gambar tu di hadapan Hotel Taj Mahal sambil senyum-senyum tanda gembira melawat negeri orang. Bila tengok gambar Hotel Taj Mahal ni aku teringat pulak dengan cerita serangan pengganas di Hotel tu pada 26 Nov baru ni. Ya allah... gambar diorang tu selang 2, 3 hari jek dari tarikh kejadian. Nasiblah diorang dah balik awal.

Sedih jugek aku dengar kejadian tindakan pengganas yang tak berhati perut tu. Tak habis lagi dengan cerita tebusan kapal di Somalia, datang pulak cerita tebusan di Mumbai. Rentetan cerita ni memang aku bace dari awal hingga akhir. Last sekali semua pengganas berjaya ditembak oleh Komando India dan hanya seorang berjaya ditangkap hidup-hidup. Tapi aku syak ade ramai lagi geng diorang yang masih terselamat diluar. Huh....dunia dunia kalaulah betul diorang ni militan Islam aku tak taulah nak cakap macam mane lagi tapi aku harap kejadian ini patut dijadikan teladan buat semua orang dan generasi akan datang. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jugek. Amin.

0 comments: