Sunday, November 16, 2008

Diari 16 November 2008


Assalamualaikum semua...akhirnya terbuka juga hatiku ini untuk mengukir sendiri sedikit coretan di dalam blog ajaib ini. Hakikatnya diri ini masih lagi ego,untuk memaparkan diari sakti khazanah pribadiku..

Tapi harini aku kebosanan kerana sedang menjalankan tugas demi negara dihadapan komputer aku duduk sendirian lalu inginku cerita sedikit tentang kepiluan didalam benak hatiku ini.

Sememangnya aku seorang pembuat buletin yang kreatif dan pencedok idea yang berjaya di tempat kerjaku. Hasil kerja dan grafik yang tak seberapa akhirnya kerjaku siap juga pagi tadi tepat JAM 1000H terus aku send segala karya yang dibuat tanpa gaji ke sebuah syarikat ternama di Ipoh tapi tak dikenali di Malaysia. Baru sebulan lepas aku tahu syarikat ni wujud di Ipoh. Walaubagaimanapun, hatiku pilu kerana aku akan keluar dari tugas-tugas sampingan ini dan seterusnya keluar dari kampung pekerjaanku ini. Dalam tempoh 4 bulan di sebuah perkampungan 'Leadership Centre' dengan kekuatan anggota yang kecil dan makin kecil, semestinya perit tapi rilex aku tetap fun bekerja disini, kepala tak serabut...muke makin putih, hati pun makin jernih..disini banyak benda yang aku belajar, dan banyak benda yang mengajarku. Bukan senang nak jadi Pemimpin tau..memanglah org kata "Everyone Can Lead" tapi bagi aku Tak Semua Leader Boleh Lead dengan baik.

Hakikatnya..dimana sahaja aku berada, dimana sahaja aku bekerja dan apa sahaja yang aku lakukan, aku ingin tunjukkan yang terbaik. Terbaik untuk diriku, terbaik untuk pekerjaX ku dan paling best..terbaik untuk boss aku. Insyaallah..

0 comments: