Thursday, November 20, 2008

AYAH AKU KATA NANTI DAH BESAR JADI MACAM IBU



Seperti biasa.... dengan penuh anggun dan bergaya, sebelah kanan tanganku membimbing ladtop dan sebelah lagi tupperware murah berisi KEK GULA HANGUS aka SARANG SEMUT. Hari ini dalam sejarah aku datang ke office ditemani dengan kek buatan aku sendiri. Apa lagi, dengan bangganye aku keluar melangkah dari kereta. TUP TUP ramai pulak yang memandang, pelik anggaknya melihat kelibat aku? Yelah...aku kan bujang, bekerjaya pulak tu..mesti diorang fikir aku tak pandai masak..balik-balik kerja dah penat, mesti diorang fikir, ade masa lagi ke nak masak? ada masa lagi ke nak buat kek? dan yang paling penting..aku ade dapur ke?? haha!! Pelik-pelik pun, sampai-sampai jek tupperware tu atas meja, kek aku habis dibedal geng-geng office, siap suruh aku bawak lagi untuk esok. Menjadi agaknye..



Biar aku jawab soalan diorang tu, sebenarnya sekarang ni aku dah tak menetap lagi di bilik bujang tapi ini bukan bermakna aku dah kahwin, sekarang ni aku menetap bersama rakan seperjuanganku. Dia minta tolong aku temankan dia di rumah kelamin. Al-maklumlah..baru kahwin... suami pulak jauh diperantauan. Aku pun kesian kat dia, memanglah mula-mula tak selesa tapi lama-lama aku jadi seronok sebab aku berpeluang untuk belajar masak. Sebenarnya dah lama aku tunggu peluang ni. Mana taknya.. dari kecil sampailah besar aku menetap di bandar. Kampung pun ditengah-tengah bandar. Paham-paham jeklah orang bandar ni. Macam biasalah budak kecik macam aku ni memang malas. Yang aku tau makan, tido dan main. Kalau ada peluang nak pegang senduk pun waktu aku form 3, form 4 dan form 5. Itupun kena paksa dan terpaksa. Yelah...masa tu abang aku dah kerja. Kakak pulak tengah belajar lagi. Nak balik pun jarang sekali..Akulah yang jadi mangsa tukang masak adik aku tu. Yang aku ingat aku kena masak tengahari untuk adik lelaki aku yang degil dan tak dengar cakap tu..Fuh!!satu cabaran nak layan karenah dia. Nasib baiklah dia dah berjaya sekarang ni. Aku tumpang gembira jeklah..



Benda yang paling aku ingat waktu petang aku kena make sure yang aku dah siapkan dinner untuk ayah dan ibu aku. Aku pun masak jeklah apa yang aku mampu, ayam masak kicap atau ayam masak merah, telur dadar dan sup sayur. Itu jeklah yang aku ingat ibu aku ajar. Balik-balik benda yang sama yang aku masak. Itupun sebelum aku masak aku akan telefon tempat kerja ibu tanya dia bawang apa yang kena potong nanti. Sebenarnya bukan tak ingat tapi malas nak ingat. Ish ish teruk betul aku waktu tu. Sampai jek petang..paham-paham jeklah, orang tu balik-balik penat, kalau takde lauk dalam tong saji alamatnye senduk kat rumah tu pun terbang ke kepala. Garang...! Jangan main-main dengan dia woo..tapi aku tak pernah kenalah..Haha!! yang penting aku masak. Garang-garang manja, biasalah.. Itulah satu-satunya ibu kesayanganku, setiap kali weekend dia ajar aku masak tapi aku pulak, masuk telinga kanan keluar telinga kiri..hehe, bangga aku dengan dia, walaupun dia kerja tapi dia serba boleh. Memasak dahlah terror, sedap pulak tu. Masakan paling special dan menjadi dia adalah Ayam Masak Merah. Setiap kali Hari Raya, semua jiran-jiran rumah semua dah tahu yang ibu aku akan masak Ayam Masak Merah Special dan waktu tu jiran-jiran aku akan masak menu lain dan menunggu dengan penuh sabar pada pagi raya panggilan ''Assalamualaikom.....cik izan, cik enon, cik siah ini ibu kita bagi...!!" Macam biasalah..itulah kerja aku yang dah dikontrakkan setiap pagi raya. Bertahun-tahun aku duduk dengan dia, aku rase takde lagi orang yang mampu challenge kesedapan masak merah dia. Kalau ada pun mesti aku pewaris dia, hehe.



Selain tu, ibu pandai betul menjahit. Siap ambil tempahan orang lagi. Bagi jek apa yang nak dijahit. Kurung? Kebaya? Langsir? Sarung Tilam? Sarung Kerusi? Sarung bantal? macam-macamlah. Itulah ibu aku..NORMALA BTE MOHD SAID. Muah!! Sayang ibu..Berkat kegarangan dan segala ajaran dia, aku menjadi seorang yang berjaya hari ini. Alhamdulillah..dapat juga aku balas segala jasa yang dicurahkannya sebelum ini. Berbalik kepada cerita aku yang asal, aku sekarang ni semakin rajin memasak. Anak ibu lah katakan. Ayah aku kata nanti dah besar jadi macam ibu. Rajin kerja..pandai jahit, pandai masak..Oleh sebab kata-katanya, aku pun belajar, aku tanya, aku baca then aku try untuk masak. Kalau tak cuba, tak tahu. Sedap tak sedap lain cerita, yang penting kita usaha. Prinsip aku dalam memasak ni senang jek, ada mulut kita rasa, terkurang kita tambah, terlebih pun kita tambah.



Akhir sekali, sekarang ni hobi aku ditambah satu lagi iaitu memasak. Bak kata senior aku, entah-entah satu hari nanti aku menjual makanan pulak, takpun bukak food court. Aku pakat gelak jek...tapi kalau betul-betul pun, apa salahnye. Food Court aku nanti namanya AMYS CORNER takpun sempena nama tuannya H_ _ _ R CORNER. Siapa tahu, Insyaallah..

0 comments: