Wednesday, April 29, 2009

KONSERT SITI DI ISTANA BUDAYA



Dato’ Siti Nurhaliza sekarang tengah sibuk cari dana untuk buat konsert amal di Istana Budaya. Konsert yang dijadualkan pada bulan Jun ini adalah sempena dengan ulang tahun ke-14 pembabitan Siti dalam bidang seni. Siti dah pun hantar kertas kerja kepada pihak Istana Budaya. Siti harap ada pihak yang sudi menaja konsertnya.
Siti akan nyanyi lagu Siti sendiri sepenuhnya. Setakat ini, Siti tidak memutuskan konsep namun, konsert itu ada elemen seperti yang dibuat oleh Celine Dion di Las Vegas dan ada mirip dengan konsert Siti di Royal Albert Hall London empat tahun lalu. Kena ada bunyi dan visual. Semuanya masih dalam perbincangan.
Sebahagian daripada hasil jualan tiket akan disalurkan kepada Yayasan Nurjiwa.
Untuk ulangtahun ke-15 tahun pula Siti akan muncul dengan buku biografi yang akan menyiarkan foto menarik dan eksklusif sepanjang Siti bergelar anak seni.

0 comments: