Last Post adalah satu lagu yang digubah untuk dimainkan dengan begol (bugle) dan digunakan oleh angkatan tentera untuk memperingati mereka yang terkorban dalam perang.
Sejarah
Begol digunakan kerana bunyinya yang nyaring membolehkan ia didengar dari jarak jauh dan digunakan sebagai alat komunikasi (sebelum kemunculan radio). Boleh dibahaskan bahawa lagu Last Post adalah lagu yang paling dikenali ramai. Lagu ini digunakan untuk mengakhiri aktiviti harian, dan juga untuk memperingati mereka yang terkorban dalam perang sama ada di majlis pengkebumian ataupun di majlis-majlis peringatan. Last Post digunakan oleh Britain dan negara-negara Komanwel. Di Norway, upacara yang sama menggunakan "Bønn" (Doa) sementara di Amerika Syarikat, lagu yang digunakan adalah Taps.Last Post pada asalnya adalah satu lagu panggilan begol yang digunakan di kem-kem Tentera British untuk mengisyaratkan akhirnya aktiviti harian di kem tersebut. Nama lagu itu berasal daripada amalan memeriksa kesemua pos kawalan (sentry post) di sekeliling kawasan kem tersebut dan membunyikan tiupan begol di setiap pos kawalan. Lagu Last Post dimainkan apabila pegawai selesai memeriksa pos kawalan terakhir, dan menandakan keadaan selamat dan aktiviti harian boleh ditamatkan pada hari itu dengan selamatnya. Amalan ini boleh dikesan seawal kurun ke-17 dan dimulakan oleh askar-askar Tentera British yang ditempatkan di Negeri Belanda, di mana ianya mengikuti satu tradisi Belanda dipanggil Taptoe. (Taptoe sendiri berasal daripada keperluan mengisyaratkan saat bila mana tong memeram bir perlu ditutup, bagi menandakan berakhirnya kerja pada hari itu).
Penggunaan Lagu Last Post
Unit-unit dalam Tentera Darat Malaysia masih mengamalkan mainan lagu Last Post pada malam hari. Rakaman lagu Last Post boleh diperolehi dari laman web Tentera Darat Malaysia. Last Post juga dimainkan di majlis awam memperingati korban perang, seperti pada Hari Peringatan di negara-negara Komanwel. Di Australia dan
Upacara Di Menin Gates, Leper Di Belgium
Sejak tahun 1928, lagu Last Post dimainkan pada setiap hari oleh pemain begol daripada Persatuan Last Post tempatan di Bandar Leper (Ypres) di Belgium. Lagu itu dimainkan di satu pintu gerbang dikenali sebagai Menin Gate untuk memperingati ribuan askar yang mati di
Last Post digunakan oleh Tentera British di Amerika Utara semasa zaman penjajahan koloni, tetapi dalam tahun 1862, lagu Last Post digantikan dengan Lagu Taps.